02 November 2009

KURSUS GURU-GURU SKMH DI LANGKAWI





     Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP ) yang dianjurkan oleh Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Minden Height berjaya dilaksanakan pada 31 Oktober hingga 2 November 2009 bertempat di Hotel Langkasuka, Langkawi. Kursus ini dijalankan selama 3 hari dengan agenda yang menarik, bermula pada malam pertama taklimat disampaikan oleh Tuan Guru Besar En.Ilias bin Tajudin, pada keesokan harinya slot kedua disampaikan oleh Sister Wan Suraya dengan tajuk Balance Score Card dan diikuti slot perbengkelan.


Cikgu Marzukhi sedang khusyuk mendengar taklimat LDP dari GB.

     Agenda diteruskan lagi dgn slot pembentangan Pelan Perancangan Strategik dan Taktikal 2010-1012 oleh Ketua –ketua Panitia dan unit HEM.Panitia yang turut membuat pembentangan ialah Panitia Bahasa Melayu disampaikan oleh Cikgu Kiftiah, Panitia Matematik oleh Cikgu Siti Sarah dan Pemulihan Khas oleh Cikgu Asrul Sani.


Bergambar bersama M.Bendahara di Padang Mat Sirat,Langkawi



Diatas Bukit Mat Cincang bersama Sis.Wan Suraya



Guru-guru di kabel car Langkawi



Puan Maznah dalam ketakutan bila melintasi jambatan gantung sambil dibantu oleh Pn.Hasnah



Us.Azahari,Us.Faizal dan Us.Irwan di dalam Kabel


     Disebelah petangnya pulau sesi LDK dan tinjauan lapangan, tempat-tempat yang dilawati ialah Makam Mahsuri, Padang Mat Sirat, Bukit Mat Cincang naik kabel Langkawi dan destinasi terakhir ialah membeli-belah di Ismail Group di Pekan Kuah. Dimalamnya pula sesi makan malam ( dinner), yang menariknya ada slot penyampaian anugerah guru tidak pernah ambil cuti, guru tidak pernah ambil cuti rehat khas, rekod baik kehadiran guru, buku rancangan mengajar guru yang terbaik dan anugerah bagi guru-guru yang mendapat anugerah cemerlang, dedikasi dan potensi.


Dinner (makan malam)

     Diawal pagi hari ketiga,slot “Protokol” disampaikan oleh Tuan Haji Azalli wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.Di akhir slot ini Tuan Guru Besar membuat pergulungan Majlis Penutup dan Pukul 1.00 petang semua guru-guru bersiap sedia untuk pulang ke Pulau Pinang. Keseluruhannya kursus Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP ) ini menarik dan bersantai, semua warga guru SKMH sangat berpuas hati dan bercadang agar kursus sebegini dapat dilaksanakan tahun hadapan ditempat yang lagi menarik.

26 Oktober 2009

Natural sources

Musk deer

"Musk-cat", woodcut from Hortus Sanitatis, 1490

Musk was unknown in classical antiquity and reference to it does not appear until the 5th century when it is mentioned in the Talmud (Brachot 43.)as an animal-based fragrance. The 6th-century Greek explorer Cosmas Indicopleustes mentioned it as a product obtained from India.[3] Soon afterwards Arab and Byzantine perfume makers began to use it, and it acquired a reputation as an aphrodisiac.[3] Under the Abbasid Empire of Arabs it was highly regarded, and the caliphs of Baghdad used it lavishly. In the early 9th century, Al-Kindi included it in a large number of his perfume recipes and it became one of the important luxury items brought by Arabian ships from the East.[3] The etymology of the name musk, originating from Sanskrit muṣká via Middle Persian mušk, Late Greek μόσχος (moschos), Late Latin muscus, Middle French musc and Middle English muske,[1][4] hints at its trade route.

The musk deer belongs to the family Moschidae and lives in Pakistan, India, Tibet, China, Siberia and Mongolia. To obtain the musk, the deer is killed and its gland, also called "musk pod", is removed. It is dried either in the sun, on a hot stone, or by immersion in hot oil. Upon drying, the reddish-brown paste turns into a black granular material called "musk grain", which is used for alcoholic solutions. The aroma of the tincture becomes more intense during storage and gives a pleasant odor only after it is considerably diluted. No other natural substance has such a complex aroma associated with so many contradictory descriptions; however, it is usually described abstractly as animalic, earthy and woody[2] or something akin to the odor of baby's skin.[5]

Good musk is of a dark purplish color, dry, smooth and unctuous to the touch, and bitter in taste. It dissolves in boiling water to the extent of about one-half; alcohol takes up one-third of the substance, and ether and chloroform dissolve still less. The grain of musk will distinctly scent millions of cubic feet of air without any appreciable loss of weight, and its scent is not only more penetrating but more persistent than that of any other known substance. In addition to its odoriferous principle, it contains ammonia, cholesterol, fatty matter, a bitter resinous substance, and other animal principles.

The best quality is Tonkin musk from Tibet and China, followed by Assam and Nepal musk, while Carbadine musk from Russian and Chinese Himalayan regions are considered inferior.[5] Obtaining one kilogram (2.2 lb) of musk grains requires between thirty and fifty deer, making musk tinctures highly expensive. At the beginning of the 19th century, Tonkin musk grains cost about twice their weight in gold.[5]

Musk has been a key constituent in many perfumes since its discovery, being held to give a perfume long-lasting power as a fixative. Despite its high price, musk tinctures were used in perfumery until 1979, when musk deers were protected as an endangered species by the Convention on the International Trade in Endangered Species of Wild Flora and Fauna (CITES). Today the trade quantity of the natural musk is controlled by CITES but illegal poaching and trading continues.[5] An illegal shipment of 700 kilograms (1,500 lb) of Chinese musk from the musk deer was seized in Japan in 1987, an amount corresponding to approximately 100,000 deer killed.

24 Oktober 2009

MINYAK WANGI KASTURI

MINYAK KASTURI DAN ASAL KASTURI
Anugerah kijang jantan


Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.


Riwayat Imam Muslim bahawasanya Sabda nabi s.a.w. “ Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali “ ( Sabilul Muhtadiin m/s 36-37 )


'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kumkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.


Kijang Jantan

Pelbagai jenis warna Minyak Kasturi : Putih, Merah, Hitam dan Susu


Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.


Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.


Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.


Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.


Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.





Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.


Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.


Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.


Di dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.


Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.








Kasturi bukalah hanya semata-mata digunakan sebagai bahan pewangi tetapi penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda ( india ) dan barat .Ia nya mampu meredakan penyakit asma, angin medu, selsema, demam, sakit kepala ,histeria, darah gemuruh , luka luaran , pendarahan dalaman dan ulser.
Di Bangladesh dan Pakistan mengambil isian kasturi untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan yang menyembuhkan penyakit luka dalaman.


Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak ,penggunaan sebagai minyak urut dan meredakan kesakitan.


Menjadi kekeliruan bagi panganut penganut islam dalam pemakaian darah kasturi kerana telah difahami bahawa darah atau daging yang tertanggal dari binatang yang masih hidup adalah tidak suci dimakan atau digunakan, tetapi dalam persoalan darah Kasturi agama Islam membenarkan penggunaannya dengan beberapa syarat.


Antaranya:


1) Hendaklah darah yang berada di dalam bintil tersebut sudah membeku menjadi ketulan yang keras , ianya tidak bersifat cecair.
2) Jika ketika selagimana bintil kasturi itu diambil tidak terkena najis maka ianya suci digunakan.


3) Kasturi yang diambil dari Kijang jantan yang telah mati hukumnya najis.


4) Selagimana darah Kasturi tidak dicampuri oleh benda benda yang diharamkan oleh syariat, ianya suci.


Rujukan : Sabilul Muhtadiin Jilid 1 Bab Najis dan menghilangkanya -m/surat 36-37.

Khasiat dan kelebihannya:
-Menghindarkan dari angin Ahmar
-Menghilangkan sakit kepala
-Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
-Darah gemuruh
-Sesak nafas
-Selsema
-Hysteria
-Menyejukan badan
-Melembutkan kulit
-Urut sakit sendi
-Rawatan luka luar dan dalam
-Sengatan serangga
 
Sesiapa yang berminat, boleh hubungi : Us.Zolkefli Zainol No H/P : 0195492376 / Pn.Rokiah 0194236882  atau temui di Pasar Malam: 
1. Ahad  -  Pasar Malam Kg.Seronok / Simpang 4 Balik Pulau
2. Isnin  -  Pasar Malam Kampung Melayu,Air Hitam
3. Selasa - Pasar Malam Sungai Tiram
4.Rabu  -  Pasar Malam Taman Tun Sardon,Gelugor
5.Khamis - Off
6.Jumaat - Masjid Bayan Baru (waktu jumaat) & Pasar Malam Sg.Ara
7.Sabtu  -  Pasar Malam Bayan Lepas



SENARAI HARGA
KASTURI PUTIH ( SUSU ) 3 ML RM 15
KASTURI HITAM 3 ML RM 15
KASTURI PUTIH 3 ML RM 10
KASTURI MERAH 3 ML RM 10
U'T - U'T 3 ML RM 30
MELOR 3 ML RM 10
DUNHILL DESIRE 3 ML RM 10
LADY FIRST ( HUGO ) 3 ML RM 10

Segala tempahan boleh dibayar melalui akaun bank:  MAYBANK 107031167150
Penghantaran Pos laju RM 6.00

13 Oktober 2009

Azimat buat lelaki

Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

11 Oktober 2009

KEM BESTARI SOLAT SIRI KE-4 DAN PENUTUP


Us.Faizal sedang mempengerusikan majlis penutup


Us.Azhari sedang tunjuk ajar cara mengambil tayammum

     Kem Bestari Solat Siri Keempat telah dilaksanakan pada 10 Oktober 2009. Perjalanan program kem berjalan dengan baik bermula jam 7.30pagi hingga 3.00 petang. Sasaran KBS$ kali ini lebih dikhususkan kepada murid tahun 1 & 5.
     Menariknya KBS4 ini, terdapat slot Masbuq dan Muafiq dan mengambil tayammum bagi murid tahun 5.Murid tahun 1 dan 5 semuanya memberi kerjasama  kerana semua yang dipelajari adalah satu pengalaman yang baru.
     Di akhir majlis semua peserta KBS bersalam-salaman dengan semua fasilitator KBS dan murid terbaik setiap kumpulan dan terbaik keseluruhan diberi hadiah cenderahati.Keseluruhannya KBS4 berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih seluruh Fasilitator KBS,AJK KBS sesi pagi dan petang, Ibubapa serta peserta-peserta KBS4.

08 Oktober 2009

SALAM AIDIL FITRI

Bergambar dipagi syawal 1430, kiri : Ahmad Afif Faqihin, Ahmad Affan Fawwaz, Hj Mohd Faizal (Abi), Rozita ( Umi ) dan Nuril Afaf Farhaini.

KURSUS PEMANTAPAN GURU j-QAF 2009


Kursus Pemantapan Guru-guru j-QAF ambilan 2008 bagi Fasa 1 & 2 2009 selamat dilaksanakan pada 5,6,7 & 8 Oktober 2009.Kursus ini dilaksanakan dalam 2 Fasa. Fasa 1 pada 5 & 6 Oktober 2009 Dewan Seminar, Pejabat Pelajaran Daerah Selatan ( PPDS ), dan Fasa 2 pada 7 & 8 Oktober 2009 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ( BTPN ) Kepala Batas,Pulau Pinang. Penyelaras Kursus diketuai oleh al-fadhil Us.Azmi bin Abd Hamid,Pen.Pengarah j-QAF Jabatan Pelajaran Negeri dan 6 Jurulatih Utama yang terdiri daripada Us.Mohd faizal bin Najimuddin, Us.Yusof bin Yaakob,Us.Mohd Hafizal bin Abu Hasan, Us.Shukri bin Hashim, Ustazah Norashikin & Ustazah Norma. Alhamdulillah sepanjang Kursus ini berjalan dengan baik dan lancar.